Tuesday, 1 June 2021

Anjung

Anjung rumah penuh, ramai yang menunggu
Balunya duka, redup, ramah biar meluluh
Anak cucu sendu, tiada tawa yang berlagu
Hilang insan istimewa, pinjaman nyawa dah berlalu

Ahli jemaah tenang, langkah-langkah diatur
Dacing neraca berat, sama, ramai, catur
Indah malam Jumaat, semerbak bauan barus
Kilas pandang bulannya, sejelas aturan Kamu

Rindu bermain di minda, ingat masa lalu
Ikut menari mimiknya, bila mata tahu
Nyawa bukan milik kita, aku tahu tu
Dalam duka diri minda, kau harus tahu
Untuk mu Abah, aku, anakmu, Rindu.

Monday, 22 February 2021

Midnight Diner

Entah,
Bila waktu,
Aku pun dah lupa lama dulu
Dia datang dengan sekeping hati beku,
Secangkir cinta aku hulur, dia tak mahu,
Katanya padaku, "ambil hati ini, buat apa saja ada dalam menu"
"hati ni kena thaw ar dulu, cuma aku takut hati ni jadi tawar, dan aku tak mampu"
"Tak apa," katanya. "Aku dah puas makan hati yang rasanya pahit dulu,"
"Baik, aku cuba," Bila lagi nak cuba benda baru?

Hati beku aku ambil dari tangannya,
Rebus dalam sebekas bicara suam biar lembut semula, 
Aku angkat dan keringkan atas lapisan mesra agar tiada lagi air mata, 
Aku renjiskan secuit jenaka buat pemanis rasa,
Balut dalam hirisan kasih sayang buat pelengkap selera, 
Pinggan hidangan hati aku hias biar lawa,
Dan sebelum aku hidangkan padanya aku tanya, 
Mahukah kau mencintai semula?

Thursday, 31 December 2020

Kita Sama

Kau bukan siapa-siapa tanpa aku
Ingat, kalau bukan sebab aku, semua ni takkan berlaku,
Tolak aku dari equation kau takkan mampu
Aku ni the shit, kau tu crap, thats y yo bitch dump kau dulu.

Sedarlah, kau perlukan aku untuk terus maju
Aku boleh push diri kau untuk pergi lagi jauh dari situ
Mai sini, datang melutut kat aku dan sedar, yang
Aku adalah version diri kau yang kau perlukan dari dulu.

Kau, bukan siapa-siapa untuk aku ni.
In fact, kalau kau tak ada pun, semua ni still jadi,
Tak perlu tolak, tambah pun aku tak kan bagi
Aku memang crab, and that bitch is bxbi

Sebenarnya, aku memang dah lama sedar pasal ni,
Aku adalah aku, dan kau cuma figment yang tak sedar diri,
Minda aku milik aku, dan kau tu yang patutnya lari,
Aku, kau, kita sama and you can't replace me.