Showing posts with label kita. Show all posts
Showing posts with label kita. Show all posts

Monday, 22 February 2021

Midnight Diner

Entah,
Bila waktu,
Aku pun dah lupa lama dulu
Dia datang dengan sekeping hati beku,
Secangkir cinta aku hulur, dia tak mahu,
Katanya padaku, "ambil hati ini, buat apa saja ada dalam menu"
"hati ni kena thaw ar dulu, cuma aku takut hati ni jadi tawar, dan aku tak mampu"
"Tak apa," katanya. "Aku dah puas makan hati yang rasanya pahit dulu,"
"Baik, aku cuba," Bila lagi nak cuba benda baru?

Hati beku aku ambil dari tangannya,
Rebus dalam sebekas bicara suam biar lembut semula, 
Aku angkat dan keringkan atas lapisan mesra agar tiada lagi air mata, 
Aku renjiskan secuit jenaka buat pemanis rasa,
Balut dalam hirisan kasih sayang buat pelengkap selera, 
Pinggan hidangan hati aku hias biar lawa,
Dan sebelum aku hidangkan padanya aku tanya, 
Mahukah kau mencintai semula?

Tuesday, 17 March 2020

Messenger

Satu demi satu baris ayat aku teliti
Satu demi satu bait kata aku amati
Satu demi satu hari aku telusuri
Satu demi satu rakan aku ingati

Ada satu,
Cuma satu,
Tempat aku terhenti

Entah kenapa,
Sungguh aku rasa menyesal
Mungkin cuma perasaan
Mungkin aku yang perasan

Kau di situ,
Dengan hint demi hint
Aku masih tak tersedarkan
Mungkin waktu itu aku buta pada cinta
Mungkin waktu itu aku gila pada dia
Mungkin waktu itu kau ada dengan dia

Mungkin waktu itu aku buta
Ya, buta
Hilang panca indera mata
Tercandu pada cinta dia
Last-last, hilang tanpa sisa.

Kini kau dah ada dia,
Kini kau dah bersyurga,
Kini aku lihat kau bahagia,

Kini aku
~terpaksa gembira.

Sunday, 8 July 2018

Dia

Hari-hari aku tengok dia,
Rupa dia, biasa-biasa. Aku suka.
Gaya dia, biasa-biasa. Aku suka.
Lenggok dia, biasa-biasa. Aku suka.
Pertuturan dia, biasa-biasa. Aku suka.

Aku suka dia?
Tak lah.

Memang aku tengok dia,
Memang dia biasa-biasa,
Memang aku suka,

Cuma,
Yang aku tengok,
Dia.
Yang aku nampak,
~KAU.

2.39am
8/7/2018

Sunday, 17 December 2017

Selesa.

Sudah,
Pergi,
Lupakan aku,
Pulanglah kau kepadanya,

Aku,
Bukan siapa-siapa,
Tapi syurga kau,
Di bawah tapak kaki dia,

Sudah,
Pergi,
Lupakan aku,
Pulanglah kau kepadanya,

Eh?
Ingat lagi janji kau dulu?
Bila sudah diputuskan kau bukan milik aku?
Kau akan pergi tanpa ada sebarang rasa untuk aku,
Kau pergilah,
Kau terbanglah,

Dah,
Pergi,
Lupakan aku,
Lunaskan janji kau tu,

Biarkan aku kat sini,
Sambung menunggu,
Biar tak pasti,

Aku lebih selesa begitu.

Friday, 1 December 2017

Apsaraku 2

Dia dah terbang,
Jauh,
Tak terlihat pandangan mata aku,
Tak tergapai capaian tangan aku,

Dia dah terbang,
Jauh,
Tinggal aku sendiri,
Tanpa ada yang tengok-tengokkan aku
Tinggal aku sendiri,
Merawat sayap yang patah seribu,

Dia dah terbang,
Jauh,
Pulang ke kayangan untuk dia,
Pulang ke syurga untuk dia,

Aku,
Masih di sini,
Masih sang pujangga sendiri,
Masih sang prindu yang abadi,
Masih sedar diri,

Hanya aku,
Masih,
Dalam mimpi.

Monday, 20 November 2017

Itu Aku

Aku pernah tuli,
Mungkin itu silap aku,

Aku pernah lari,
Mungkin itu salah aku

Aku pernah sunyi,
Mungkin itu bodoh aku,

Tapi mengharap,
Tak pernah aku berhenti,
Mungkin sebab itu,

~kau pergi.

05 June 2014

Mencintai vs memiliki.

Sedarkah kau akan perasaan itu?
Satu perasaan gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bila kau dan dia berborak di atas talian dan dia kelihatan sangat gembira dengan hidupnya sekarang.

Kau rasa senang melihatnya begitu.

Akhirnya,
kau jumpa...
~keindahan mencintainya.

p/s:
Baru aku faham sekarang maksud frasa "menyintai tak bermakna memiliki."

.29 Sept 2014.

Thursday, 26 October 2017

Terbang

Kau pinta aku terbang?
Kau pinta aku terbang bebas?

Kau ingat aku mampu?
Kau ingat aku lalu?

Baiklah,
Katakanlah aku nak terbang,
Tolong kau beritahu aku,

Macam mana aku nak terbang?
Kalau sebelum kita ketemu lagi, sayap aku dah patah seribu?

Macam mana aku nak terbang?
Kalau selama ini kau yang papah sayap aku?

Kau beritahu aku,

Macam mana sebenarnya untuk aku terbang?
Kalau kau tu yang sebenarnya terbang turun dari kayangan,
~ untuk tengok-tengokkan aku?

Monday, 25 September 2017

Kelabu

.
Ini kisah tentang hitam dan putih.
.
Orang kata hitam tu buruk.
Seburuk kejadian warna hitam tu sendiri.
Sampai sang hitam sendiri malu dengan diri dia sendiri.
.
Orang kata putih tu elok.
Seelok pekerti warna putih itu sendiri.
Sampai sang putih sendiri tak boleh nak puji diri sendiri.
.
Tapi,

Dalam setiap yang hitam dan putih ada satu jurang,
Jurang yang penuh dengan kelabu.
.
Yang orang tahu,
Kelabu ni tak penting
Yang orang tahu,
Kelabu ni tak wujud
.
Orang tak tahu.
Yang kelabu ni la sebenarnya merosakkan.
Orang tak tahu
Yang kelabu ni la sebenarnya membinasakan.
.
Kalau dalam cinta,
Orang hanya nampak hitam putih ja.
Orang tak akan pernah nampak si kelabu.
.
Tu la kalau ikut aku,

Antara putih dan hitam,
Aku berani pilih kelabu.

Monday, 18 September 2017

Memori

Aku tahu asalmu.
Asal mu itu dari pantai,
Pulanglah semula ke sana.

Aku tahu asalmu
Asal mu itu dari tanah tinggi,
Pulanglah semula ke sana.
.
Aku tahu asalmu
Asal mu itu dari hati,
Asal mu itu juga dari yang empunya diri,

Pulanglah semula
Pulanglah SEMUAnya..

~kepada dia.
.
P/s: Tolong jangan kembali.

Thursday, 14 September 2017

Apsaraku.

Bidadariku,
Datangnya dari kayangan jauh.
Mungkin juga dari syurga dia jatuh

Hadirnya ubat hati parah luka
Walau sebentar
kesannya lekat didada.

Tapi tu lah,
Tak semua benda kekal selamanya.

Entah kenapa malam ni,
Adakah senyumannya aku bawa lari.
Atau hatinya aku campak ke tepi.
Bidadari ambil keputusan untuk terbang pergi
Tinggal aku seorang dalam gelap malam sunyi.

Terbangun jatuh aku cuba kejar
Gapaian pada sayapnya aku bundar
Teraba-raba pandangan aku sifar

Mungkin bidadari dah sedar darjatnya
Mungkin bidadari dah sedar aku ni hina
Mungkin...
Mungkin...
Mungkin aku yang baru tersedar dari lena?

Mana mungkin bidadari turun dari kayangan sana...

Wednesday, 16 April 2014

Kayu.

"Nak main satu permainan tak?"
"Nak!"
"Okay, kau tunggu sini, nanti aku datang."

. . . . .

Tunggu,
Dan terus tunggu,
"Tak apa. Dah biasa main permainan ni."

. . . . .

Tunggu lagi.
Tunggul.
~tunggul.

Saturday, 12 April 2014

Hati

Kardiak aku.

Waktu dia pijak,
Dulu,
Kau tolong aku repair balik.

Sekarang,
Kau pulak yg henyak,
Tak terdaya aku nak repair sendiri.

Terbiar kat situ,
Leper.

Thursday, 10 April 2014

#Pistol

Aku teringat tentang pistol,

Kau ingat apa aku kata pasal pistol tu?

"Kalau aku diberi sepucuk pistol,
Untuk menembak setiap yang telah buat kau bersedih,
Aku pasti akan tinggalkan satu peluru;
Untuk menembak diriku sendiri."

Aku harap kau ingat

Plot twist.

Kalau kau tau macam mana hidup aku sepanjang aku menunggu kau,
Dan kau dengan tenangnya pergi macam tu je,

Aku pasti,

Kau akan terus rampas pistol dari aku,
Kau terus letak pistol kat kepala kau,
Then...

Klak.

BANG!

Tamat. 

Thursday, 27 February 2014

Sampai Bila

"Sampai bila?"
Cukup,
Sudah,
Masa dah sampai,
Tamat sudah masa berkabung,
Sekarang,
Masa untuk terus melangkah,
Masa untuk lari dari semalam,
Masa untuk...
Masa...

Kisah Lagenda.

LALU

“Weh! Tunggu la dulu!”
“Tak nak!”
“Tunggu la sat!”
“No.”
“Tengok tu, ketegaq betoi budak ni. Kengkawan yang lain semua kat ujung belah sana, dia sorang ja kalut mai belah sini. Orang lain panggey dia boleh buat tak tau ja,”
“Biar la,”
“Ketegaq!”

*pause*

Itu tiga tahun lalu, dia ingat lagi? Waktu tu orang rakam setiap yang berlaku dalam Nokia 3110 Classic orang. Situlah mulanya cerita kita.

*Sambung*

Dia duduk kat atas batu kat hujung pantai tu, orang berdiri depan dia. Orang tanya;

“Kenapa?”
“Tak ada pape,”
“Bagi tau la,”
“Tak ada pape la!”
“Haih, OK la kalau macam tu,”
“Urmmmm, sebenarnya,”
“Ha! Tu ada papa,”
“Dengar la dulu!!”
“OK OK OK, sorry, sorry,”
“Sebenarnya, ada budak kelas kita yang mintak kapel ngan aku, jadi sekarang ni aku tak tau nak buat apa,”
“So, sekarang ni apa perasaan hang kat budak tu?”
“Entah la, tak tau,”
“Bila dia mintak,”
“Rabu lepas,”
“Suka?”
“Tak tau la,”
“Suka la tu. Hehehe,”
“Ish, aku kata tak tau, tak tau la!!”
“Alah, aku main-main je la. Emo betul,”
“Aku tengah serius ni, ko boleh main-main pulak,”
“Yela, tak main-main dah. So, sekarang ni benda ni keputusannya kat tangan ang ja. Bukan kat tangan orang lain. Ang pikir la masak-masak.”
“Hurm,”
“Tapi la kan, sapa ek budak kelas kita tu?”
“Ada la. Hehehe,”
“Ala, bagitau la,”
“Nanti sampai masanya kau tau sendiri la,
“Hurm, ye la,”

********************************************************************************

ADIK

Hari berganti hari, masa berganti masa, dia mula rapat dengan orang. Dia mula kenal siapa ‘adik dia’ dalam hidup orang, orang mula tau pasal beliau dan dia. Dia mula kenal orang, orang mula kenal dia.

Dia ingat lagi ‘adik’? ‘adik’ yang dia selalu menangkan dulu. Bila kami gaduh je, ‘adik’ akan mengadu kat dia.
                Kita tiap-tiap malam, kalau orang ada masalah ngan ‘adik dia’ dia la yang akan jadi orang tengah antara kami. Sampai satu tahap ‘adik’ dah sayang sangat kat dia.

Dia pulak, bila ada problem dengan beliau dia akan cerita kat orang. Kedegilan beliau, keegoan beliau, kepala batu korang berdua, orang la yang tolong consult.

Orang la yang jadi diari tempat dia meluahkan, marah, cerita, semua benda yang menggusarkan hati dia. Kita selesa macam tu. Sampai satu masa dia dah tak tahan dengan beliau, korang tamat. Macam tu je.

Orang dengan ‘adik’ masih macam tu, sampai satu masa, dia tanya kat orang,

“Kenapa ni?”
“Teja la. Sampai hati dia wat orang macam ni. Dia tak pernah bagi tau langsung. Nasib baik la orang tau pass facebook dia. Kalau orang tak tau, sampai mati pon orang tak tau apa jadi dengan dia.”
“Lah, pulak, korang bincang la elok-elok, jangan terburu-buru,”
“Bincang untuk apa? Dia dah buat orang macam ni,”
“Hurm, ikut dia la, kalau dah susah sangat, dia biar adik orang tu selesaikan prob dia tu dulu,”

                Mungkin jodoh orang dengan ‘adik dia’ tak panjang. Orang tak tahan, orang marah, orang geram, orang lepaskan ‘adik dia’.

********************************************************************************

KITA DAN PANTAI

                Walau dah tak ada sapa-sapa, kita tetap macam dulu, dia dan orang masih berkongsi cerita, masih berkongsi segala. Dia ingat lagi? Malam tu, kali pertama orang ungkapkan itu kat dalam telefon?

“I love you! Haha..”
“Wekkkk!!!! Yer la tu..”
“Betul la, nape? Tak caye?”
“Serius?”
“Yup. Serius.”
“Kenapa?”
“Sebab orang rasa dia sesuai dengan orang, dia kenal orang macam mana. Bagi orang, dia faham orang,”
“Ye ke ni? Eleh, dalam telefon boleh la, cuba depan-depan tengok,”
“OK, sok kat pantai orang cakap depan-depan dia,”
“Erk?”

                Haha. Esoknya kita ke pantai, waktu tu pantai masih lagi berpasir je, belum ada batu-batu pasak di pesisir. Dia berjalan di hadapan, orang mengekor di belakang,

“Dia,”
“Ya,”
“I love you, hehe,”
“Ish,”
“Kenapa?”
“Serius ke ni?”
“Haah la, serius.”
“Kenapa dia pilih orang?”
“kan orang dah cakap semalam, dia faham orang, dia tau orang, dia sesuai,”
“Hurm,”
“Kenapa?”
“Hati orang dah tertutup, orang tak boleh terima siapa-siapa sekarang,”
“Tak pa, orang sanggup tunggu,”
“Tak payah la tunggu, orang tak nak nanti dia menyesal,”
“Menyesal kenapa?”

********************************************************************************

“Ayah,” Pintu bilik kelihatan dikuak perlahan. Melur menjenguk.
“Hmm,” ujar Nadim,  ringkas.
“Cukup-cukup la mengadap diari tu. Usah dikenang masa lalu,”
“Yelah Melur, ayah simpan diari ni,” ujar Nadim sambil menutup lembaran diari ditangan dan kemudian diletakkan dalam laci bahagian paling atas. Dikunci.


Biarlah.
Biar segalanya sekadar jadi memoir.
Memoir,
Cinta terindah buat dia.
Dia,
Seorang pencinta yang lara


TAMAT


p/s: Haha, akhirnya berjaya.

Saturday, 15 February 2014

Pertama Kali

Buat pertama kalinya,
Aku dapat rasakan,
Kegembiraan,
Memenuhi,
Setiap ruang,
Rongga diriku,
Hingga kelihatan,
Jelas benar aku menggeletar.
Baru aku faham sekarang,
Erti 'tangisan kegembiraan'.
Tapi sayang,
Air mataku sudah terlalu kering untuk mengalir.
:')

Friday, 31 January 2014

Buatmu.

Bila aku terperangkap dalam Ruang rindu,
Aku cuba tuk Mengintai langit,       
Hinggaku terdengar Suara, lalu ku berharap,
Agar kau dalam kondisi Baik-baik sahaja sayang,
Dan meski, Cinta antara kita,
Cinta yang tak bersyarat,
Ianya adalah Tak mungkin, kerna sayang,
Ianya cumalah sekadar Cinta kosmik,
Biar pun aku Cemburu kerana aku rindu,
Apalah ku kesah,
Kerna bagi aku,  kau Tercipta untukku,
Kaulah yang penamat, Penghujung cintaku.

When I was start Thinking of you,
I'm always think What about now,
You say "I don't love you" to me,

You're One in a million, While I'm just one of a thousand pieces around you,
Doesn't even matter,
Even if it was Ne-Yo or Bosson, they can't even describe,

While you're Far away, I'm always here,
Always here, Here without you babe,

I hope I didn't start to act Clumsy,
When I'm alone with you,

When I ask to Marry you,
I always hoping that your answer would be, "For you I will,"

If the act of Loving you is just like a love song,
I would ask the DJ to Don't stop the music,

And even if everything you'd say to me is a lie,
I'd accept it cos' you know what?
I love the way you lie.

P/s: Tak de rhyme langsung. Haha.
Paus.
[.________.]

Friday, 10 February 2012

Bodoh..


"kadang kadang aku terasa seperti kau teramat-amat BODOH kerana tak memahami perasaan aku waktu itu, kadang-kadang aku terasa seperti aku sendiri yang teramat BODOH kerana tidak berusaha untuk menerangkan kepadamu"