Welcome.






Korang nk panggil aku Pece@Pair-Chair ke, Sepasang Kerusi ke, ikot suker korang lar....
Still blaja lg...
Ni blog first aku yg aku pikir nk serious...(kot..-.-")
Dalam blog ape2 yg akan dimasukkan bergantung kt mood aku(ikot suke hati aku) nk ltak ape...
sebarang ketidakpuashatian diharap pndai2 lar ek g cari blog len nk stalk....

best regards
-SepasangKerusi©-

Sunday, 14 August 2016

HUJAN.

Aku lihat sekeliling,
Hujan,
Oh! Rahmat,

Ironinya,
Aku sedang menunggang motorsikal,
Atas jalan yang becak,
Tanpa berbaju hujan,
Dihujani air,
Kebasahan.

Hakikatnya,
Hujan memang rahmat,
Tapi silap aku untuk menganggap,
Hujan itu rahmat buatku,

Bukan,
Bukan untuk aku seorang,
Hujan itu adalah rahmat,
untuk sekalian alam,

Mungkin,
Hujan menyegarkan kembali,
Pepohon hijau yang sudah berhari-hari kekeringan,
Si miskin yang sudah berhari-hari menunggu takungan air diluar rumah agar berisi semula,

Tanpa aku sedar,
Hujan tadi,
Membasahkan aku,
Menyegarkan aku,
Menyelamatkan aku,
Dari tangan-tangan hawa panas berdebu,
Yang bertebaran,
Oleh kerasnya rempuhan,
Kenderaan lain.

Tanpa sedar,
Dalam kebasahan,
Aku bersyukur...

-SepasangKerusi-

12:21am
20/05/2013
Isnin

Tuesday, 10 February 2015

Benz Ali.: Antithesis.




Pembacaan aku tamat hari ni. Setelah selesai baca 99 topik/isu/pos/status yang diketengahkan, aku nak tarik diri dari buat ulasan terhadap setiap topik/isu/pos/status. Cukuplah sekadar ulasan penuh satu buku.




Benz, dari pembacaan aku, aku nampak seorang pemikir. Dari isu siapa nak datang dengar ceramah kena bayar(ada ka?) sampai ke isu shiah nampak lagi bagus dari sunni. 


Kadang-kadang, dalam pembacaan aku, aku nampak diri aku dalam tu. Yelah, siapa yang sejujurnya berserah bulat-bulat tanpa pernah ada terdetik sikit pun "kenapa tuhan itu begini? Kenapa tuhan itu begitu?" kan?

Bagi aku buku ni memang kontroversi. Kalau nak baca, pastikan kau bersedia dengan setiap persoalan yang dibangkitkan.

Untuk sebab kenapa aku tak nak ulas setiap topik/isu/pos/status dalam buku ni, adalah kerana kalau aku buat ulasan, itu adalah pandangan aku, pemahaman aku. Dan aku tak nak orang lain buat konklusi berdasarkan orang lain tanpa tahu apa sebenarnya yang ada dalam buku tu. Analoginya senang, kau bayangkan durian. Selagi kau tak kupas sendiri, selagi kau tak rasa sendiri, selagi kau tak bau sendiri, kau tak tau apa potensi sebenar raja buah tu.



Bagi aku, tak kiralah apa yang orang nampak kat Benz, katalah apa pun, dia Shiah, murtad, komunis, sosialis, aku nampak dia berfikir. Dan kalau bagi orang yang rasa dia sedikit menyimpang, bantulah dia, tunjukkan kembali jalan yang sepatutnya dia lalu. Dengan cara yang SESUAI. Bukan menghukum sesuka hati.




Last sekali, sebelum kau judge buku ni, aku syorkan kau beli, baca dan fikir. Dan kalau kau tak bersetuju dengan apa yang Benz tulis, aku harap sangat kau boleh buat #Thesis untuk melawan #Antithesis.




P/s: Lagi satu sebab aku tak nak buat ulasan setiap topik/isu/pos/status adalah ilmu aku tak cukup untuk counter semua tu. Haha.

Thursday, 11 September 2014

Hujan 2.0

Pagi ni,
Awan berarak kelabu.
Terasa aku
Rembesan, tempias,
Air hasil kondensasi yang menitis ke bumi.


Sejuk,
Sepi,


Tapi aku tak pasti.
Sama ada ia menitis meraikan sesuatu,
Atau ia menitis meratapi sesuatu.


Apa yang pasti, 
Rahmat yang turun itu,
~bukan semua untuk aku.


11/09/2014 
07:50am