Monday, 22 February 2021

Midnight Diner

Entah,
Bila waktu,
Aku pun dah lupa lama dulu
Dia datang dengan sekeping hati beku,
Secangkir cinta aku hulur, dia tak mahu,
Katanya padaku, "ambil hati ini, buat apa saja ada dalam menu"
"hati ni kena thaw ar dulu, cuma aku takut hati ni jadi tawar, dan aku tak mampu"
"Tak apa," katanya. "Aku dah puas makan hati yang rasanya pahit dulu,"
"Baik, aku cuba," Bila lagi nak cuba benda baru?

Hati beku aku ambil dari tangannya,
Rebus dalam sebekas bicara suam biar lembut semula, 
Aku angkat dan keringkan atas lapisan mesra agar tiada lagi air mata, 
Aku renjiskan secuit jenaka buat pemanis rasa,
Balut dalam hirisan kasih sayang buat pelengkap selera, 
Pinggan hidangan hati aku hias biar lawa,
Dan sebelum aku hidangkan padanya aku tanya, 
Mahukah kau mencintai semula?

No comments: