Tuesday, 1 June 2021
Anjung
Monday, 22 February 2021
Midnight Diner
Saturday, 10 October 2020
1010
Sepuluh10
Wednesday, 7 October 2020
Hujan 5
Monday, 31 August 2020
Merdeka Mati
Saturday, 22 August 2020
Bangkai Bernyawa
Sunday, 14 June 2020
Hanyut
Thursday, 14 May 2020
Mesin Masa
Tuesday, 17 March 2020
Apsara
Aksara
Messenger
Satu meter.
Saturday, 28 September 2019
Jadi
Mahu jadi aku?
Boleh.
Kamu cuma perlu jadi kamu,
Tanpa masukkan aku di situ,
Cuma,
Kamu perlu, tahu dan mahu,
Berdamping dengan buku,
Senggama dengan ilmu,
Serta tidak malu,
Untuk luahkan segala yang terbuku,
Biar hati yang bicara,
Biar jiwa berkata-kata,
Biar apa mediumnya,
Curahkan segalanya,
Agar tenang jiwa,
Dari segala macam galau yang meraja,
Agar lancar minda,
Dari segala sampah dunia,
Agar sembuh hati,
Dari segala yang tak putus meracuni,
Agar bebas rohani,
Dari segala yang mengunci jasmani,
Cukup.
Dengan itu,
Kamu boleh jadi
~kamu.
Friday, 27 September 2019
Hujan 4
Hujan,
Turun,
Rahmat sekalian alam,
Ada yang bersyukur,
Ada yang tenggelam,
Ada yang cuba jadi tuhan,
Tapi cuma sekerat jalan.
Ajal, maut, Dia yang tentukan,
Kalau masih belum sampai masa,
Tak perlu dicepatkan.
Pantas,
Jarum masa berjalan,
Diri masih merangkak,
Masih terikat, kekusutan.
Terperangkap dalam jasad, masih keliru,
Terkunci dalam minda, masih celaru,
Buntu,
Kelam, dalam jiwa, masih begitu,
Dendam, dalam hatinya, masih membuku,
Masih bertanya, dalam akalnya,
Siapa aku?
Friday, 8 February 2019
Hujan 3.2
Soalan,
Kau pernah ada soalan?
Soalan paling absurd yang pernah kau fikirkan?
Sampai kau rasa kalau kau tanya kat semua orang,
Diorang pun takkan dapat jawabkan?
Tau-tau kau dapat jawapan?
Jawapan,
Bukan sekadar jawapan,
Malah amat meyakinkan,
Macam hujan,
Mencurah ke atas dahan,
Laju terserap jauh ke akar pepohonan,
Pelik,
Tapi betul, kan?
Hujan,
Titis-titis, lebat,
Jatuh tepat ke atas tangan,
Muka didongak, tajam pandangan,
Ke atas terus menembusi awan,
Guruh bersorak, kilat mengoyak,
Awan hitam kelam kelabu langit malam dicorak,
Berombak,
Laut tak nampak biru,
Yang ternampak depan cuma kelabu,
Bintang masih buntu, bulan masih malu,
Hujan dah henti pun, masih takda kat situ,
Pelangi,
Warna-warni,
Takkan dapat muncul tanpa ada mentari,
Tak apa,
Berhenti,
Rehatlah dulu,
Bulankan muncul,
Bintangkan timbul,
Pejamkan dulu mata,
~mentari 'kan menyusul
Kan?
Hujan 3.1
Tak,
Kau salah,
Baik kau teruskan,
Daripada kau menyerah,
Berserah,
Pada yang Satu,
Itu pasti,
Kau kena ingat mati!
Bukan ingat nak mati!
Mengalah,
Tak salah,
Tapi berpada-pada,
Takut salah arah,
Kau sendiri 'kan rasa bara
Hangat,
Macam dipelukan ibu,
Ape? Kau lupa dah?
Macam mana mak mengandungkan kau dulu?
Oh,
Aku ingat,
Kita ni melayu,
Me-layu, malas, pelupa,
Betul la kata semua bangsat tu
Aku?
Kau tanya aku?
Aku cuma bystander,
Kau nampak hujan lebat kat luar tu?
Aku macam hujan tu jugak,
Cuma aku ada
Wujud,
Jangan sekali kau lupa,
Sifat pertama, Khaliq Sang Pencipta
Al-Fatihah, ayat lima,
Sembahan pertolongan, semua serah pada Dia
Tuhan,
Kau kena sedar,
Macam bila kau berjalan,
Dia bukan sekadar tuan,
Dia segalanya apa yang kau perlukan
Keperluan,
Makan, minum, bernafas,
Semua tu bekal untuk berjalan,
Tapi bila kau malas,
Rohani kau akan lemas!
Kan?
Hujan 3.0
Malam makin pekat,
Hujan makin lebat
Guruh sabung menyabung,
Kiamat rasa dekat,
Sejuk sampai ke tulang,
Ditoreh tak berdarah
Malam tiada bintang,
Buta meraba mencari arah,
Ditilik nya langit,
Mintakan pada angin,
Sayangnya arah,
Tiada ketemu hanya dingin
SeMakin jauh hanyut,
SeMakin dekat tamat,
SeMakin kuat berpaut,
SeMakin kukuh terikat,
Ah!!!
Otak makin penat,
Badan terasa berat,
Kaki melangkah pun,
Rasa cam melekat
Ke bumi, rasa nak mati,
Di kebumi,
Dari hidup tanpa arah tujuan,
Better lari,
Kan?
Sunday, 8 July 2018
Dia
Hari-hari aku tengok dia,
Rupa dia, biasa-biasa. Aku suka.
Gaya dia, biasa-biasa. Aku suka.
Lenggok dia, biasa-biasa. Aku suka.
Pertuturan dia, biasa-biasa. Aku suka.
Aku suka dia?
Tak lah.
Memang aku tengok dia,
Memang dia biasa-biasa,
Memang aku suka,
Cuma,
Yang aku tengok,
Dia.
Yang aku nampak,
~KAU.
2.39am
8/7/2018
Sunday, 17 December 2017
Selesa.
Sudah,
Pergi,
Lupakan aku,
Pulanglah kau kepadanya,
Aku,
Bukan siapa-siapa,
Tapi syurga kau,
Di bawah tapak kaki dia,
Sudah,
Pergi,
Lupakan aku,
Pulanglah kau kepadanya,
Eh?
Ingat lagi janji kau dulu?
Bila sudah diputuskan kau bukan milik aku?
Kau akan pergi tanpa ada sebarang rasa untuk aku,
Kau pergilah,
Kau terbanglah,
Dah,
Pergi,
Lupakan aku,
Lunaskan janji kau tu,
Biarkan aku kat sini,
Sambung menunggu,
Biar tak pasti,
Aku lebih selesa begitu.