Saturday 10 October 2020

1010

Awal masa, cerita baru mula
Bukan cereka, aku cuma mahu luah
Ada sorang budak, sekolah darjah satu,
Nafas masih basah, hidupnya masih baru
Genap entah pukul berapa, dapat berita sayu
Ceritanya, budak ni tak tahu apa
Intai di balik baju, nampak kak ngah dah takda upaya
Keluarga dah riuh, tapi dak ni sambung lena

Koma,

Antara adik beradik, engkau yang paling atas
Degree tinggi mana pun, still tak boleh pintas
Ingatan dengan kau, semuanya masih jelas
Kick bola, kena kepala, masuk bakul, aku gelak sampai kebas
Rindu waktu dulu, semua still takleh lepas
Impian aku harap dapat jumpa kau lekas
Niat nak tukar nyawa, tapi tuhan tak balas
Doa, harap ada keajaiban, kau dapat hidup semula
Ungkapan keramat aku, moga kita dapat tukar nyawa.

Al-Fatihah.
Nasrul Hakim Bin Mohd Ayob.

No comments: