Wednesday 7 October 2020

Hujan 5

Tuhan,
Jadikanlah hujan ini penawar
Buat hati-hati yang berduka,
Hiburkanlah hati-hati mereka,

Oh Tuhan,
Jadikanlah hujan ini penyembuh,
Buat segala kesakitan yang melanda,
Biar Malaysia kini gembira semula,

Wahai Tuhan,
Jadikanlah hujan ini satu rahmat,
Buat setiap mereka yang ditimpa celaka,
Agar mudah mereka mengharung setiapnya,

Duhai Tuhan,
Jadikanlah hujan yang turun ini malapetaka
Buat mereka-mereka yang durjana
Yang hanya pentingkan diri hingga lupa
Semua yang merana kerana mereka.

No comments: