Merdeka,
Tua sudah umurnya,
Tahun ini, Nampak benar kurang dayanya,
Waris-warisnya, Semua masih tak boleh dipercaya,
Kebebasan, masih dibelenggu mindanya,
Percaya dirinya bebas, tapi buta bila media tutup matanya,
Keharmonian, masih tak mampu mengawal anak-anaknya,
Mala, Ina dan Indi, masih jelas berbalahnya,
Demokrasi, masih tak sudah dengan mainan kuasanya,
Kuasa sekadar suka-suka, mudah dilempar ke sini sana,
Tinggal Merdeka sendiri
Bersabung nyawa pertahan diri,
Sedarlah Kebebasan,
Bukalah matamu, jangan kau tuli,
Bergeraklah Keharmonian,
Atur anak-anakmu, jangan dibiar berbalah lagi,
Duhai Demokrasi,
Kau waris sulung,
Jangan kuasamu diaci-aci,
Jaga Merdeka sepenuh hati,
Jangan kerana waris yang begini,
Terbiar sendiri,
Merdeka mati.
No comments:
Post a Comment