Tuesday 24 April 2012

Belog Berdebu.

aku baru ingat nak buat post baru, 
untuk blog dengan wall FB, 
tengah mengarang dengan cantik,
sambil tu mencari-cari info yang boleh digunakan,

*tiba-tiba*

aku terjumpa satu artikel yang buat aku rasa setiap apa yang aku tulis tu dapat dipatahkan dengan mudah.
quote dari artikel tu

"SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Inilah sifat kaum pemodal kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalisma tujuan utama ialah untung.

Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tujuan asasnya mencari untung. Ini hakikat. Tidak perlu berdolak dalik.

Kaum kapitalis akan melakukan apa sahaja asalkan dapat untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di jual akan di jual. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – apa yang boleh di beli akan dibeli. Asalkan ada untung.
Dalam sistem kapitalis – agama, ibu, ayah, anak – semua boleh di jual – jika mendapat untung.
Kapitalisma adalah sistem ekonomi yang tidak mengira agama, bangsa atau wilayah.
Sistem kapitalis bersifat uninversal – melintasi benua, daerah dan wilayah.


SISTEM EKONOMI SOSIALIS

Sistem ekonomi sosialis ini berbeza dari sistem kapitalis.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan bukan untung tetapi perkhidmatan.

Dalam sistem ekonomi sosialis yang diutamakan ialah kebaikan ramai bukan keuntungan pribadi.

Dalam sisstem ekonomi sosialis pembangunan dilakukan bukan kerana ianya boleh mendapat untung – pembangunan dilakukan kerana ianya membawa manafaat untuk orang ramai.

Dalam sistem sosialis hospital percuma – kerana ianya baik untuk menjaga kesihatan semua warga. Hospital bukan untuk membuat untung tetapi memberi khidmat. Khidmat terbaik diberi bukan kerana si sakit kaya tetapi pesakit memerlukan khidmat itu.

Dalam sistem sosialis pembelajaran –sekolah/universiti – diberi percuma kerana ianya akan melahirkan warga yang berilmu. Ini perlaburan yang dananya dikeluarkan dari kantong negara. Pembelajaran bukan perniagaan. Pembelajaran ialah untuk mendidik warga berilmu. Warga yang berilmu akan berbudi dan berbahasa. Warga yang berilmu tidak membawa porak peranda.

Dalam sistem sosialis perumahan didirikan untuk semua. Membuat rumah kediaman bukan untuk mencari laba tetapi untuk memberi keselesaan kepada penduduk. Kenapa yang kaya perlu 4 bilik dan yang miskin duduk berhimpit-himpit?

Kalau dalam sistem ekonomi sosialis syarikat kapal terbang adalah milik negara. Harga tiket ke umrah atau ke mana sahaja akan dijual semurah mungkin. Bukan bermakna penjualanan tiket kapalterbang akan merugikan tetapi niatnya BUKAN untuk keuntungan maksima.

Untung yang didapati bukan akan masuk ke dalam poket individu pemegang saham. Dalam ekonomi sosialis pemegang saham ialah semua warga. Bottom Line sosialis bukan ringgit dan sen.
Bottom Line sosialis ialah khidmat untuk orang ramai."

*maaf sebab artikel yang panjang*
lepas baca ja artikel tu, aku terus.

stop menaip,
bangun dari depan laptop,
keluar dari bilik,
pusing ruang tamu 2-3 kali,
*adegan-adegan yang berlaku hanyalah karutan sahaja*

aku lepak balik,
tengok laptop balik,
terus decide untuk post macam ni dan start menulis.

aku ingat nak buat post yang macam ni,
(tapi dengan cara aku)

quote artikel orang lain lagi

"Isu PTPTN, Haram Cas Lebih PTPTN Dan Pemansuhan PTPTN Tidak Wajar

SHAH ALAM - Semua empat mazhab ulung sepakat bahawa kontrak perjanjian yang dikenakan caj perkhidmatan melebihi kos sebenar adalah haram.

Ketua Hal Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Kewangan Islam Antarabangsa (Isra), Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata, melalui piawaian syariah adalah tidak dibenarkan bagi institusi pinjaman mengenakan peratusan yangtidak munasabah.
Katanya, caj perkhidmatan yang dikenakan mestilah mewakili kos sebenar perkhidmatan dan bukannya sekadar peratusan berasaskan nilai atau jumlah pinjaman yang diberikan.

“Semua ini bagi mengelakkan wujudnya unsur-unsur riba yang diharamkan. Apa yang penting ialah elemen riba tidak boleh di kompromi sama sekali,” katanya.

Beliau berharap caj perkhidmatan dimansuhkan dan bukan memansuhkan pinjaman PTPTN, kerana ia adalah hutang yang perlu dijelaskan oleh peminjam.

Menurutnya, PTPTN tidak wajar dimansuhkan kerana ia boleh memberi manfaat kepada pelajar secara menyeluruh, berbanding skim biasiswa yang memfokuskan kelompok pelajar elit yang cemerlang akademiknya.- Bernama''

maaf lagi skali sebab quote yang panjang lagi berjela ini.

haha.kali ni bukan idea aku.
quote sahaja.
idea orang.
bukan idea aku.

nak baca artikel yang penuh boleh g sini

3 comments:

Anonymous said...

Soalan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis: "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

TAHNIAH! anda dah MURTAD..

SepasangKerusi© said...

haha. Terima kasih. Persoalannya sekarang, kenapa?

SepasangKerusi© said...

nak tanya boleh?

-komen tu komen copy-paste kan?
-tak silap pernah tengok komen tu.
cuma tak pasti kat mana.
-kalau bukan copypaste, mksudnya
pernah menjelajah masa depan? haha.
-deja vu. perasaan seakan pernah
mengalami perkara yang berlaku
sebelum ini.

PERCAYA?