Friday 13 April 2012

Bermula dengan...

semuanya bermula dengan...

aku :"Bwelk! haha."
kawan aku :"hang ni awat? dok mbek2, nak jadi kambing ka? haha."

#berhentisejenak.

terfikir aku,
apa salahnya kalau hidup sebagai kambing?
kan mudah hidup sekadar menurut fitrah.
tak perlu buat pilihan.
kalau takdir mati kerana tajamnya mata pisau manusia,
matilah,
kalau takdirnya mati dibaham si belang,
matilah,

yang kuat jadi ketua,
yang lemah jadi pengikut,
yang ketua mesti,

*ditekankan di sini*

MESTI melindungi yang lemah,
yang lemah MESTI akan rasa terbela,

tiada korupsi,
tiada busuk hati,
tiada fitnah sana sini,

daripada hidup sebagai manusia,
banyak memilih,
akal diberi,
boleh menimbang mana yang auta mana yang hak,
tapi pilihan yang salah juga dipilih,
akhirnya mengeluh sendiri,

manusia,
untuk jadi ketua,
yang paling berharta dipilih,
yang paling busuk hatinya dipilih,
yang paling hebat membuka aib lawannya dipilih,
yang paling lantang bersuara(entah hak entah auta) pun dipilih,
yang paling rakus meniuding jarinya juga terpilih sekali,

akhirnya,
si ketua,
yakni manusia di atas,
memijak yang memilih dibawah,
yang memilih merasa bodoh,
akhirnya 'tersedar',
jadi dipilih ketua yang baru,
tapi,
tanpa sedar ciri2 yang sama dipilih,
maka,
terjadilah satu gelungan hampir infiniti yang dicipta pemilih sendiri,
tanpa sedar,
pemilih menyiksa diri sendiri.

haha.
lawak.

cerita pasal manusia tak kan pernah habis.
dengan korupsinya,
dengan busuk hatinya,
dengan kesumatnya,
dengan tertindasnya,
dengan menindasnya.
kan? kan?

#hatikuterdetik.jiwakuterusik

tak semua manusia begitu,
sampai masanya mereka akan sedar,
sampai masanya gelungan hampir infiniti itu akan terlerai,
sampai masanya manusia yang ber-hak akan mendapat kuasanya semula,

menjadi ketua,
memimpin yang dipimpinnya,
melindungi yang dipimpinnya,
berkebajikan terhadap yang dipimpinnya,

#tapimasih.perasaankudegil

bila akan 'sampai masanya' itu?
akan 'sampai masanya' sudah terlambat?
atau,
'sampai masanya' sudah kiamat?
kadang2 terasa ingin melihat 'sampai masanya' perjalanan hidup ini tamat.

haha.
sekadar meluahkan ketulan2 perasaan yang terbuku di hati.
terima kasih kawan,
buat aku berfikir dengan lamanya.
*terimakasih*

-SepasangKerusi©-

1 comment:

Unknown said...

perrgghhh~
hehehe...