Ini kisah tentang Sang Cupid,
Turun ke bumi menyebar cinta,
Nak dengar?
Nak dalami?
Buka dulu semua deria,
Buka dulu minda sebesar-besarnya,
Kerana,
Tak akan pernah ada tempat untuk si sempit minda di sini.
Ini kisah tentang Sang Cupid,
Turun ke bumi menyebar cintanya,
Pertama kalinya dia turun ke dunia,
Hanya untuk melihat dunia dari mata manusia,
Yang dilihat hanya kebencian merata-rata,
Jauh sekali apa yang dia dengar ketika di syurga.
"Banyak manusia yang perlu disembuhkan ni," katanya
"Tuhan tak ciptakan dunia untuk manusia membenci sesama," katanya
Maka bermula-lah hidup Sang Cupid sebagai si penyebar cinta.
Ini kisah tentang Sang Cupid,
Teruskan hidup, menyebarkan cinta,
Pertama kali sepanjang Sang Cupid menyebar cinta,
Pertama kali juga sepanjang hidupnya,
Sang Cupid berjumpa si venusia,
Yang cintanya kukuh walau si marsnusia tidak menyambutnya,
Sang Cupid tekad,
Si venusia ini mesti diekori rapat,
Adakah apa-apa formula yang tepat,
Atau,
Ini semua hanya satu muslihat?
Laksana mata-mata,
Sang Cupid mengekori,
Laksana mata-mata juga,
Tutur si venusia didengar curi,
"Tiada apa yang rahasia," katanya,
"Hanya sekeping hati yang mulia," katanya,
Tanpa Sang Cupid sedar,
Hatinya juga teringin mahu merasakan cinta,
Ini kisah tentang Sang Cupid,
Tersentuh hati, mahu bercinta,
Tapi,
Hati Sang Cupid bukan hati manusia,
Mana mungkin hati Sang Cupid dapat merasakan cinta,
"Layakkah aku merasakan cinta?" tanya hatinya
"Layakkah aku menjadi manusia?" tanya hatinya
Tiba-tiba Sang Cupid tersedar,
Ingatan Sang Cupid terus pada anak panah yang dikandar,
Laju tangannya menyambar,
"Ha! Anak panah ni kan ada!"
"Ha! Anak panah ni kan boleh melahirkan rasa cinta!"
"Ha! Anak panah ni kan boleh ubah aku jadi manusia!"
Digenggamnya anak panah tu erat-erat,
Disasar pada hatinya anak panah tu tepat,
Thud!
Ini kisah tentang Sang Cupid,
Hilang nyawanya pada anak panah cinta...
No comments:
Post a Comment