Aku tau kau dah tak ada.
Lapan belas tahun tu memang lama,
Tapi,
Kebelakangan ni aku jadi huru-hara.
Depan,
Belakang,
Kiri,
Kanan,
Aku hanya nampak kau di mata,
Kebarangkalian kau kembali buat aku teruja,
Mungkin aku dah gila,
Mungkin aku dah fedup,
Mungkin aku dah fakap dengan silap,
Mungkin jugak ada sakit yang aku hidap,
Tapi aku tau,
Benda ni mustahil untuk jadi nyata.
Kadang-kadang aku terfikir,
Kenapa bukan aku yang diambil nyawa?
Kenapa kau; yang terbaik, kena pergi tinggal kami semua?
Aku tak salahkan mak dan abah,
Aku pun anak diorang,
Aku tau tu,
Tapi,
Kadang-kadang aku rasa,
Nak puaskan diorang aku tak daya,
Kadang-kadang aku rasa aku ni anak derhaka,
Kau ingat lagi usikan korang?
Kakak-kakak ngan abang-abang,
Korang suka kata aku ni cuma anak terbuang,
Mak abah kutip dari bawah pokok pisang.
Kadang-kadang,
Aku fikir,
Ada betulnya cakap korang.
Haha.
Ok.
It's time for true talk.
Serius.
Aku really mean about apa aku cakap from the top.
Now.
At the bottom ni,
Aku cuma nak kata,
Aku tak berniat nak mencaci nista,
Bukan niat aku nak buka pekung di dada,
Cuma,
Aku perlu satu cara untuk luahkan apa aku rasa,
Dan ini platform aku, Aku dapat berkata-kata,
Atas kertas putih ini aku larikan pena,
Aku cuma mahu hidup seperti dulu kala,
Waktu kau ada,
Mak abah bahgia,
Waktu kau ada,
Mak abah gembira
Banding dengan kau,
Aku tak mampu bagi mak abah itu semua,
Dan aku rasa,
Kita patut tukar nyawa.
P/s: Aku rasa kau patut hidup lebih lama.
No comments:
Post a Comment