Pembacaan aku tamat hari ni. Setelah selesai baca 99 topik/isu/pos/status yang diketengahkan, aku nak tarik diri dari buat ulasan terhadap setiap topik/isu/pos/status. Cukuplah sekadar ulasan penuh satu buku.
Benz, dari pembacaan aku, aku nampak seorang pemikir. Dari isu siapa nak datang dengar ceramah kena bayar(ada ka?) sampai ke isu shiah nampak lagi bagus dari sunni.
Kadang-kadang, dalam pembacaan aku, aku nampak diri aku dalam tu. Yelah, siapa yang sejujurnya berserah bulat-bulat tanpa pernah ada terdetik sikit pun "kenapa tuhan itu begini? Kenapa tuhan itu begitu?" kan?
Bagi aku buku ni memang kontroversi. Kalau nak baca, pastikan kau bersedia dengan setiap persoalan yang dibangkitkan.
Untuk sebab kenapa aku tak nak ulas setiap topik/isu/pos/status dalam buku ni, adalah kerana kalau aku buat ulasan, itu adalah pandangan aku, pemahaman aku. Dan aku tak nak orang lain buat konklusi berdasarkan orang lain tanpa tahu apa sebenarnya yang ada dalam buku tu. Analoginya senang, kau bayangkan durian. Selagi kau tak kupas sendiri, selagi kau tak rasa sendiri, selagi kau tak bau sendiri, kau tak tau apa potensi sebenar raja buah tu.
Bagi aku, tak kiralah apa yang orang nampak kat Benz, katalah apa pun, dia Shiah, murtad, komunis, sosialis, aku nampak dia berfikir. Dan kalau bagi orang yang rasa dia sedikit menyimpang, bantulah dia, tunjukkan kembali jalan yang sepatutnya dia lalu. Dengan cara yang SESUAI. Bukan menghukum sesuka hati.
Last sekali, sebelum kau judge buku ni, aku syorkan kau beli, baca dan fikir. Dan kalau kau tak bersetuju dengan apa yang Benz tulis, aku harap sangat kau boleh buat #Thesis untuk melawan #Antithesis.
P/s: Lagi satu sebab aku tak nak buat ulasan setiap topik/isu/pos/status adalah ilmu aku tak cukup untuk counter semua tu. Haha.
No comments:
Post a Comment